注册

iChina 马来语专刊

其他分类其他2020-03-22
1184

CHINA MEMBERI SUMBANGAN DALAM PERJUANGAN GLOBAL MELAWAN COVID-19

Ketika wabak COVID-19 bermula di China, sokongan dan bantuan perubatan dari negara-negara asing, organisasi antarabangsa dan rakyat di seluruh dunia diberikan untuk membantu negara China memerangi wabak itu.
Kini tibalah masa China membalas.

Diamond Princess

Jumlah Kes Jangkitan di Seluruh Dunia

30,400

96,966

Asia

Eropah

178

14,717

Amerika Utara

746

Oceania 

722

Afrika

1,858

Amerika Selatan

(hingga 17:00, 20 Mac)

Jumlah Kes BAHARU DI TANAH BESAR CHINA

Jumlah 
Kes yang Pulih DI TANAH BESAR CHINA

900

345

309

272

217

75

73

35

Jumlah Kes Jangkitan Negara-Negara ASEAN

(hingga 20 Mac)

Jumlah Kes BAHARU DI Malaysia

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

Xi Meninjau Pencegahan dan Kawalan Wabak di Wuhan

Presiden China Xi Jinping tiba di Wuhan pada 10 Mac untuk menjalankan lawatan beliau yang pertama ke pusat epidemik COVID-19 sejak krisis ini meletus pada Januari.
Sejurus tiba di bandar itu, beliau segera pergi ke Hospital Huoshenshan untuk melihat sendiri keadaan operasi, program rawatan pesakit, perlindungan ahli-ahli perubatan dan kerja-kerja penyelidikan di fasiliti tersebut. Beliau telah menziarahi pesakit yang sedang menjalani rawatan, selain menyampaikan rasa simpati kepada kakitangan yang berjuang siang malam untuk melawan wabak.
Beliau menegaskan, provinsi Hubei dan bandar Wuhan yang berada di lokasi penting ini merupakan kunci kemenangan dalam perjuangan melawan wabak di seluruh negara. Situasi di sana telah menampakkan perubahan positif, namun usaha melawan wabak koronavirus kekal mencabar. Oleh itu, pihak-pihak yang terlibat perlu terus bertungkus lumus untuk menjayakan perjuangan ini. 
Katanya, pada saat genting ini, mereka yang dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk ahli perubatan, anggota tentera, pekerja di komuniti perumahan, polis dan pegawai peringkat akar umbi terus mara berjuang dengan berani. Penduduk di Wuhan telah memberikan sumbangan yang besar, dan jasa mereka memperlihatkan semangat bangsa China yang berganding bahu dan tolong-menolong. Mereka ini pahlawan yang pasti akan diabadikan dalam lipatan sejarah.
Sebelumnya, Presiden Xi Jinping menekankan, menyelamatkan nyawa lebih ramai pesakit dengan sedaya upaya merupakan tugas yang paling mendesak pada saat genting ini. Beliau berujar demikian ketika meninjau kerja-kerja penyelidikan berhubung wabak COVID-19 di Beijing pada 3 Mac.
Katanya, penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan perlu dipercepat, kombinasi ubat Barat dengan ubat tradisional China hendaklah terus dimanfaatkan dalam program rawatan, sementara penggunaan ubat-ubatan yang terbukti berkesan harus digalakkan.
Pada masa yang sama, ubat-ubatan baharu perlu disaring, dan kaedah rawatan baharu diteroka. Usaha juga perlu dilakukan untuk mengelakkan pesakit yang mengalami simptom ringan daripada bertambah teruk. Xi juga mengatakan perlunya meningkatkan perkhidmatan nasihat kepada anggota keluarga pesakit dan mangsa.

Petikan UCAPAN Presiden Xi Jinping mengenai perjuangan melawan wabak

Menyelamatkan nyawa lebih ramai pesakit dengan sedaya upaya merupakan tugas yang paling mendesak pada saat genting ini.

Penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan perlu dipercepat, kombinasi ubat Barat dan tradisional hendaklah terus dimanfaatkan dalam program rawatan.

China akan meningkatkan kerjasama antarabangsa dan mengalu-alukan penyertaan WHO sebagai usaha mencegah wabak ini.

Penduduk di Wuhan telah memberikan sumbangan yang besar, dan jasa mereka memperlihatkan semangat bangsa China yang berganding bahu dan tolong-menolong. Mereka ini pahlawan yang pasti akan diabadikan dalam lipatan sejarah.

Kami percaya WHO dan komuniti antarabangsa akan kekal tenang, objektif dan rasional dalam penanganan penularan wabak ini.

Perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia Mengenai COVID-19

13 Mac 2020

Pada hari ini, kita semua sedang berhadapan dengan situasi yang agak membimbangkan berikutan penularan jangkitan COVID-19.
Di peringkat awal, jumlah yang terlibat adalah kecil iaitu 22 kes sahaja. Kebanyakan kes ini melibatkan warganegara asing, warganegara Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan, China dan warganegara Malaysia yang melawat negara yang dijangkiti COVID-19.
Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengawal penularan wabak ini, kita masih berdepan dengan peningkatan kes COVID-19. Pada waktu ini, gelombang kedua COVID-19 telah bermula dengan melibatkan 175 kes. Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penularan wabak COVID-19 sebagai pandemik kerana terdapat peningkatan kes yang ketara di seluruh dunia.
Saya tahu saudara dan saudari pastinya risau akan keselamatan diri sendiri, anak-anak serta kaum keluarga. Anda juga pastinya mahu mendapatkan maklumat yang tepat mengenai langkah-langkah yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan untuk menangani penularan wabak ini.
Oleh itu, saya ingin memaklumkan kepada anda semua situasi semasa gelombang kedua penularan COVID-19.
Sehingga hari ini, terdapat peningkatan kes positif COVID-19 yang baharu berikutan pengesanan dua (2) kejadian kluster utama yang kebanyakannya melibatkan rakyat Malaysia. Dengan trend kes sedia ada, wabak ini dijangka akan berterusan untuk tempoh masa yang agak lama. Ia tidak akan berakhir dalam jangka waktu yang terdekat.
Sebagai persediaan menghadapi situasi yang lebih serius, kerajaan akan terus mempertingkatkan pelaksanaan saringan di Pintu Masuk Antarabangsa, menjalankan sekatan perjalanan dari negara terlibat dan menyediakan laluan khas untuk pelawat dari negara-negara tersebut.
Kerajaan juga akan meningkatkan bilangan hospital yang boleh merawat kes-kes COVID-19. Sehingga kini, sebanyak 26 buah hospital kerajaan dan sebuah hospital universiti iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya mempunyai keupayaan untuk mengendalikan kes-kes COVID-19.
Selain itu, kolaborasi dengan hospital swasta, hospital di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan hospital universiti telah dimulakan sebagai persediaan untuk menerima pertambahan kemasukan pesakit kes-kes COVID-19. Di samping itu, terdapat 57 hospital kerajaan dan 170 klinik kesihatan di seluruh negara yang bersedia untuk melaksanakan saringan kesihatan ke atas mereka yang bergejala penyakit COVID-19.
Kerajaan juga telah mengenalpasti Hospital Sungai Buloh dan sebuah hospital di setiap negeri sebagai hospital khusus untuk merawat kes-kes COVID-19.
Kemampuan makmal untuk melakukan ujian pengesanan COVID-19 juga telah ditingkatkan. Ini termasuk 22 buah makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan makmal-makmal lain di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Kerajaan sedar bahawa antara langkah yang perlu diambil untuk mengekang penularan COVID-19 ialah sekatan perjalanan. Kerajaan akan meneruskan sekatan perjalanan untuk 3 wilayah di China iaitu Hubei, Jiangsu dan Zhejiang; Hokkaido, Jepun; Itali, Iran dan Republik Korea. Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak melakukan perjalanan ke negara-negara yang terjejas dengan virus COVID-19.
Di samping itu, kapal-kapal persiaran hanya dibenarkan berlabuh untuk penambahan bekalan. Hanya kru warganegara Malaysia dibenarkan turun dari kapal dan mereka dikehendaki melalui saringan kesihatan.
Kerajaan amat prihatin dengan nasib rakyat Malaysia yang berada di negara-negara yang terjejas teruk dengan wabak COVID-19 seperti China, Iran, Itali dan Korea Selatan. Sehingga kini, kerajaan telah membawa pulang seramai 107 orang rakyat Malaysia dari sebahagian negara-negara ini. Seramai 65 orang rakyat Malaysia yang berada di Iran dan 323 orang yang berada di Itali sedang dalam proses untuk dibawa pulang.
Berhadapan dengan situasi ini, saya menasihatkan saudara dan saudari mengambil langkah-langkah yang boleh menghindarkan diri sendiri, anak-anak serta keluarga daripada dijangkiti wabak ini. Yang paling utama ialah amalkan penjagaan kesihatan yang tinggi. Sentiasa bersihkan diri. Gunakan topeng muka dan hand sanitizer. Kurangkan bersentuhan dan bersalaman. Elakkan daripada menghadiri sebarang bentuk perhimpunan yang boleh mendedahkan diri kepada jangkitan virus ini.
Oleh itu, Kerajaan telah memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020. Keputusan ini akan diteliti semula sekiranya situasi COVID-19 bertambah baik.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama telah mengeluarkan Garis Panduan bagi perhimpunan ibadat di masjid untuk mengelakkan penularan COVID-19. Saya berharap pihak berkuasa Agama Islam di negeri-negeri turut mengeluarkan garis panduan yang serupa dengan mengambil kira nasihat dan arahan daripada pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia.
Acara keagamaan bagi agama-agama lain yang melibatkan perhimpunan berskala besar juga mestilah mengambil kira nasihat dan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa.
Saya sedar ada dalam kalangan saudara dan saudari terkesan dari segi ekonomi akibat penularan wabak ini. Ada yang diarah mengambil cuti, bekerja dari rumah, malah kehilangan pekerjaan. Dari segi ekonomi, sektor yang paling teruk terjejas ialah pelancongan, perusahaan kecil dan sederhana, dan industri pengangkutan.
Pakej-pakej pelancongan dibatalkan dan ini menjejaskan mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat penerbangan dan perhotelan. Anggaran kerugian keseluruhan dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2020 adalah sebanyak RM3.37 billion. Kerajaan menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menurun sebanyak 0.8 peratus hingga 1.2 peratus, iaitu penurunan sebanyak RM10.8 billion hingga RM17.3 billion.
Saya sedar bahawa langkah-langkah segera perlu dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengurangkan kesan wabak ini kepada ekonomi negara, khususnya kepada rakyat. Untuk itu, kerajaan akan memastikan pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan akan dipantau pelaksanaannya supaya kesannya akan dapat dirasai oleh anda semua dengan segera.
Saya sendiri diberikan laporan mengenai COVID-19 secara harian oleh Jawatankuasa Khas yang dipimpin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan ini membolehkan langkah-langkah terkini diambil untuk menghadapi segala kemungkinan yang boleh berlaku. Saya juga telah diberi jaminan bahawa bekalan barang-barang keperluan adalah mencukupi.
Untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah-langkah pencegahan termasuk membatalkan sebarang bentuk perhimpunan bagi mengelakkan penularan wabak ini.
Saya mengucapkan terima kasih kepada petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang terlibat secara langsung dalam usaha menangani wabak COVID-19.
Saya berdoa semoga wabak ini berjaya ditangani dengan segera dan kita semua dapat menjalani kehidupan bersama keluarga dengan rasa selamat.
Semoga Allah s.w.t. sentiasa memberikan perlindungan kepada diri kita, keluarga kita dan negara kita.

Jangan Biar Perjuangan Perangi COVID-19 Terjejas Oleh “Pride and Prejudice 

Antara huraian para pembaca tentang novel Keangkuhan dan Prasangka (Pride and Prejudice) karya Jane Austen, penulis novel Inggeris terkenal pada abad ke-19, yang paling dikenali umum adalah ‘keangkuhan menyekat orang lain cinta pada saya, manakala prasangka menyekat saya cinta pada orang lain’. Karya itu berfokus pada hubungan antara orang.
Pada saya, yang meninggalkan tanggapan yang paling mendalam ialah keangkuhan dan prasangka menjadi halangan dalam hubungan antara orang. Begitu juga dalam hubungan antara negara. Keikhlasan membantu penjalinan hubungan antara negara, manakala komplot dan keberasingan menghasilkan pertentangan dan perselisihan. Saya fikir kita harus mendapat pelajaran daripada cerita itu.
Pada awal tahun 2020, wabak koronavirus (COVID-19) tiba-tiba menular ke seluruh dunia. Nampaknya keadaan wabak COVID-19 mula berubah baru-baru ini. Perjuangan memerangi wabak itu semakin menjadi usaha di peringkat global, bukan sahaja dalam negara China lagi. Kini keadaan wabak COVID-19 di Hubei dan juga seluruh China semakin pulih, cahaya harapan sudah kelihatan.
Langkah-langkah dilaksanakan telah memaparkan tanggungjawab China sebagai kuasa besar, kepakaran semua doktor dan kakitangan perubatan China serta kesedaran rakyat China. Menurut laporan oleh pasukan pakar bersama China-WHO pada 24 Februari, pihak China telah mengambil tindakan yang paling berani, fleksibel dan proaktif dalam sejarah untuk membendung virus baharu itu. Hasilnya sekurang-kurangnya 100,000 kes dapat dihalang daripada berlaku. Dr. Bruce Aylward berkata, “Kita mesti faham sumbangan rakyat Wuhan, dunia terhutang budi kepada rakyat Wuhan.”
Wabak COVID-19 umpama cermin, ia membayangkan agenda tersembunyi orang munafik dan juga ketulenan persahabatan antara teman sejati. Yang mengharukan saya dalam sokongan yang tidak ternilai daripada kawan-kawan pelbagai negara kepada rakyat China dalam perjuangan memerangi wabak ini.
Kerajaan Malaysia, badan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat Malaysia telah memberikan bantuan kepada China dengan cara tersendiri, contohnya mendermakan duit atau barang-barang, mencipta lagu dan video untuk memberi semangat kepada rakyat China. Setiap bantuan diberi kawan-kawan Malaysia, memaparkan kasih sayang dan budi bicara serta persahabatan sejati.
Rakyat China pasti akan mengingati selama-lamanya sokongan dan bantuan daripada rakyat pelbagai negara. Pihak China akan terus berusaha untuk menangani wabak dalam negeri, di samping memberi sumbangan dalam perjuangan memerangi koronavirus di peringkat global. Hakikatnya China telah berkongsi rancangan pencegahan dan pengawalan jangkitan Covid-19 dengan WHO dan negara-negara lain, menghantar pasukan pakar perubatan, bahan perubatan serta reagen pengesanan virus ke negara-negara berwabak teruk termasuk Iran, Korea Selatan, Itali dan lain-lain.
Sebagai negara yang banyak berpengalaman dalam penanganan wabak, China sudi dan mampu berperanan sebagai tulang belakang dalam perjuangan memerangi koronavirus di peringkat global.
Cerita watak-watak utama dalam novel Pride and Prejudice berakhir dengan keputusan yang menggembirakan, mungkin kerana mereka meletakkan keangkuhan dan prasangka dalam hati akhirnya.
Semoga keangkuhan dan prasangka tidak lagi wujud di dunia kita. Mudah-mudahan kita menyambut pengakhiran cerita yang gembira dengan berjaya memerangi koronavirus dalam masa terdekat.

Koronavirus: Bersama Harungi Detik Kesukaran

Dalam jangka masa dua minggu lalu, saya sentiasa bimbang mengenai keadaan wabak pneumonia koronavirus jenis baharu (COVID-19) di tanah air saya. Pada masa kini, sebanyak 1.4 bilion rakyat China bersama-sama memerangi wabak ini.
Ahli-ahli perubatan dari seluruh negara berkumpul di Hubei untuk menyediakan bantuan dan memberi rawatan, tanpa siang dan malam. Semua rakyat berganding bahu dengan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah penyebaran virus. Seluruh masyarakat bekerja bersama untuk melawan wabak COVID-19 tanpa mengenal waktu.

Di sebalik setiap cerita itu diperlihatkan semangat patriotisme, keprihatinan serta tanggungjawab setiap orang China terhadap tanah air. Kehidupan kami yang aman dan damai ialah hasil kerja keras para perwira ini. Tanpa usaha mereka, tanpa sokongan dan kerjasama rakyat, keadaan wabak di China akan menjadi lebih teruk daripada sekarang.
Hari ini, seluruh 1.4 bilion rakyat China telah terlibat dalam perjuangan melawan wabak COVID-19. Rakyat China bersatu padu, mengikut arahan yang diberikan oleh setiap peringkat kerajaan, membatalkan perhimpunan dan lawatan pada Tahun Baharu China dan sentiasa tinggal di rumah sahaja. Rakyat China mengkuarantinkan diri sendiri kerana itulah cara yang paling efektif untuk menghalang penyebaran virus. Ini sudah tentu mengehadkan kebebasan perjalanan, menyebabkan kemerosotan aktiviti perdagangan dan ekonomi. Bagaimanapun, kerajaan dan rakyat China berjaya membuktikan kepada dunia bahawa demi kesihatan dan keselamatan rakyat, kami boleh!
Negara China melakukan usaha tersebut bukan hanya untuk dirinya sahaja, namun demi seluruh dunia. Pada era globalisasi ini, virus boleh merebak dalam jangka masa singkat. Oleh itu, satu-satunya cara untuk mengawal penyebaran virus adalah dengan memusnahkannya dalam negara China secepat mungkin.
Perkara yang paling menyentuh hati saya ialah rakan-rakan dan pertubuhan-pertubuhan NGO Malaysia giat mengumpul dermaan dan barang bantuan untuk pihak China. Semasa saya memberikan penghargaan kepada seorang sahabat lama yang telah mendermakan bekalan perubatan, dia hanya berkata: “A small contribution in time of need.”
Waktu kesukaran memaparkan erti sahabat sejati. Setiap sokongan dan bantuan yang diberikan oleh rakyat Malaysia menunjukkan rakyat Malaysia bersama kami dalam mengharungi detik kesukaran ini. Dengan penuh keikhlasan, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua rakan Malaysia yang telah memberikan sokongan kepada China dalam melawan wabak ini.

Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni

Pada 19 Mac, Kedutaan China di Malaysia telah menyumbangkan barang-barang bantuan perubatan kepada Hospital Sungai Buloh, Selangor. Upacara penyampaian bantuan dihadiri oleh Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dato' Seri Dr. Chen Chaw Min, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Dato’ Indera Dr. Sha'ari Ngadiman dan Pengarah Hospital Sungai Buloh Dr. Khalid Ibrahim. Dr. Chen sebagai wakil Malaysia menerima sumbangan tersebut.
Menurut Duta Besar Bai Tian, China dan Malaysia merupakan jiran dan sahabat baik yang hubungannya dapat digambarkan dengan peribahasa “bukit sama didaki, lurah sama dituruni”. Kerajaan dan rakyat Malaysia telah menghulurkan bantuan yang amat dihargai ketika China berjuang melawan wabak koronavirus baharu (COVID-19). Kini giliran China pula untuk sedaya upaya membantu Malaysia.
Menurut laporan media Malaysia, menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Kedutaan China di Malaysia berkata, bekalan perubatan berkenaan kini dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh. Kedutaan itu turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan bekalan perubatan dimasukkan ke dalam lori dan dalam pergerakan menuju ke Hospital Sungai Buloh. Menyifatkan ia sebagai "tindakan segera kumpulan pertama peralatan perubatan dari China itu dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh". 

Menurut Bai Tian, pihak China sentiasa memegang prinsip tunai janji. Peralatan perubatan diserahkan hari ini, iaitu 5,000 penutup mulut dan hidung serta 10,000 pelitup perubatan merupakan bantuan pertama dikumpul Kedutaan China, yang diharap dapat sedikit sebanyak membantu doktor dan jururawat Malaysia yang berjuang melawan wabak.
Katanya, 3,500 set reagen pengesanan virus yang dijanjikan sedang dalam perjalanan dan akan dihantar dalam tempoh tersingkat. Selain itu, kerajaan China sedang giat menyiapkan bahan-bahan lain yang diperlukan oleh Malaysia, seperti pakaian pelindung dan mesin bantuan pernafasan.
“Pada masa yang sama, Kedutaan China akan bekerjasama dengan jabatan-jabatan berkenaan di Malaysia untuk meneroka saluran bantuan barangan perubatan. Syarikat-syarikat China juga digalakkan menyediakan bantuan kepada Malaysia. Pihak China sentiasa berada di samping Malaysia, bersama melawan wabak COVID-19 dan mengharungi kesukaran ini.” tegas Bai Tian.
Duta Besar Bai Tian juga bertukar pandangan dengan Dr. Chen Chaw Min mengenai bantuan perubatan menyusul, pengalaman China dalam pencegahan wabak COVID-19.
Sebelum ini, laman Facebook berkenaan turut memuatnaik status: "Perangi COVID-19, apabila saya (Duta China ke Malaysia) berasa sedikit lega mengenai keadaan di Tanah Besar China, kini saya mulai bimbang kepada Malaysia. Rakan China akan sentiasa bersama kamu (Malaysia)."

Bantuan Perubatan dari Kerajaan dan NGO Malaysia Dihantar ke China

Kerajaan Malaysia telah menyumbang 18 juta sarung tangan bagi kegunaan pegawai perubatan di Wuhan, China yang kini sedang dilanda wabak koronavirus.
Menurut laporan media Malaysia, YB Teresa Kok, Menteri Industri Utama ketika itu berkata sumbangan berkenaan seiring dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia yang bersedia menghantar bantuan ke Wuhan. Sehubungan itu, beliau berkata kementerian mengambil inisiatif untuk menghantar bantuan sarung tangan perubatan ke negara terbabit kerana hospital di sana kini sedang menghadapi kekurangan bantuan keperluan perubatan.
“Pada masa ini, hospital di Wuhan merayu bantuan keperluan perubatan seperti penutup muka, sut dan sarung tangan klinikal. Sarung tangan perubatan, getah asli dan nitril akan dihantar ke China dan kumpulan penghantaran pertama kini dalam perjalanan ke Wuhan.
“Dua syarikat, Top Glove dan Supermax sudah menyumbangkan 2.3 juta sarung tangan perubatan berkenaan dan akan diikuti oleh beberapa syarikat sarung tangan lain seperti Smart Glove, Hartalega, Kossan, YTY, Brightway dan Koon Seng,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sebelum beliau menyaksikan penyerahan sarung tangan perubatan daripada 10 pengeluar sarung tangan perubatan kepada Duta China ke Malaysia, Bai Tian.
Selain daripada pihak kerajaan, kira-kira 2.4 tan bantuan perubatan disalurkan kepada kerajaan China menerusi program bantuan Ops Harapan. Ia merupakan sebuah inisiatif daripada sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk dihantar kepada hospital-hospital di bandar Wuhan, China.

Bantuan bagi fasa pertama dimulakan pada Februari menerusi perkhidmatan MASkargo dan dijangka tiba di China. Antara produk yang diberikan termasuk topeng muka pembedahan, topeng N95, sarung tangan pembedahan dan gogal. Ini bentuk sumbangan yang telah disalurkan kepada kerajaan China oleh Ops Harapan :-
338,000 helai topeng muka pembedahan – kos (RM338,000)
540 helai topeng N95 – kos (RM4,320)
107,900 helai sarung tangan – kos (RM32,370)
876 pasang gogal – kos (RM34,922)
Kesemua jumlah bantuan perubatan tersebut mencecah kos sehingga RM409,612 dan bermuatan sehingga 2.4 tan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MASkargo, Ibrahim Mohamed Salleh, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan NGO berkenaan. Pada masa sama, beliau berharap agar kesemua bentuk keperluan tersebut serba sedikit dapat meringankan beban kakitangan hospital untuk menjalankan tugas dengan selamat.

Wuhan Jangan panik, kami menunggu awak!

MELAWAN COVID-19

Wuhan dalam 24 jam

WHO Memuji Pengalaman China Melawan Wabak

Macam mana cegah COVID-19?

RAKYAT BIASA DALAM WABAK

Rakyat Malaysia memakai topeng muka dan membeli-belah di satu pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, Malaysia pada 8 Mac. Sumber: Xinhua

Pelancong yang memakai topeng muka mengambil gambar di depan sebuah masjid di Kuala Lumpur pada 16 Mac. Sumber: Xinhua

Kakitangan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memeriksa suhu badan setiap penumpang. Sumber: Internet

Seorang kakitangan lapangan terbang menunjukkan jalan penumpang-penumpang datang ke China naik bas pemindahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai, Timur China pada Mac 19, 2020

Ahli-ahli pasukan perubatan dari provinsi Zhejiang sedang memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) di Wuhan pada 19 Mac. Dengan situasi kawalan wabak semakin baik, banyak hospital di Wuhan telah beransur-ansur memulihkan operasi normal, pesakit-pesakit COVID-19 akan dipindahkan ke hospital khas untuk mendapatkan rawatan COVID-19.

Seorang pekerja di tapak pembinaan Jambatan Tuanjie, Lebuh Raya Renhuai-Zunyi di provinsi Guizhou. Proses pembinaan jambatan itu sudah diteruskan dengan mengambil tindakan pencegahan wabak yang ketat.

Setiausaha Agung PBB Puji Usaha China

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji usaha China membendung jangkitan COVID-19. Katanya, kerajaan dan rakyat China sedang berusaha memerangi wabak itu demi kepentingan kemanusiaan sejagat serta menzahirkan penghargaan kepada semua yang menggadai nyawa berkorban masa dan tenaga memerangi wabak itu.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan mengenai COVID-19 bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus di Geneva.
Guterres berkata, penurunan kes baharu COVID-19 di China sejak awal Februari lalu menunjukkan petanda yang positif, dan beliau menzahirkan harapan supaya trend itu akan terus berkekalan. Ketua PBB itu turut menggesa semua negara untuk mengambil semua langkah perlu bagi mengawal penyebaran wabak berkenaan.

Tiada Bukti Ancaman COVID-19 akan Berakhir pada Musim Panas

Tiada bukti menunjukkan ancaman koronavirus (COVID-19) akan berakhir pada musim panas depan.
Kenyataan itu dikeluarkan Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Michael Ryan semalam bagi menjawab andaian banyak pihak yang percaya virus tersebut akan ‘hilang’ dengan sendirinya ketika musim panas seperti influenza.
“Kita perlu menganggap virus tersebut mempunyai keupayaan untuk terus merebak. Ia boleh menyerang di mana-mana sahaja di seluruh dunia sedangkan Ebola seringkali muncul di Afrika manakala pandemik terakhir, influenza H1N1 menyerang di Amerika Utara,” ujarnya.

Penyelidik Cipta Robot, Bantu Selamatkan Nyawa

Penyelidik di salah sebuah universiti terkemuka di China mencipta robot yang didakwa dapat membantu menyelamatkan nyawa di barisan hadapan semasa wabak koronavirus (COVID-19).
Mesin itu terdiri daripada lengan robot beroda dan boleh melakukan ultrasound, mengambil cecair mulut serta mendengar bunyi dihasilkan oleh organ pesakit yang biasanya dilakukan dengan stetoskop.
Dengan menggunakan robot yang dilengkapi kamera itu, kakitangan perubatan tidak perlu berada di dalam bilik yang sama dengan pesakit selain boleh berada di sebuah bandar yang berbeza.

Just stay at home. Luangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlu ke mana-mana. Dengan cara ini saudara saudari terhindar daripada jangkitan COVID-19 dan penularan wabak ini insya-Allah dapat dibendung. Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan. Tujuannya bukan untuk membolehkan saudara saudari balik ke kampung, memenuhi jemputan kenduri, membeli belah di pasar raya, bersiar-siar di taman atau bercuti di tempat peranginan. Bukan. Tujuannya ialah supaya saudara-saudari duduk di rumah.

Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin

Pertama, saya memadu hati dengan kerajaan dan rakyat China pada masa kesukaran ini. Kedua, saya mengadakan lawatan untuk memperkuat semangat dan keyakinan warga Kamboja dan pelajar yang tinggal dan belajar di China, serta berjuang dengan warga China. Ketiga, saya menghantar mesej kepada warga Kamboja bahawa penyakit warga Kamboja bukan penyakit yang disebabkan oleh koronavirus tetapi ketakutan.

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen

Saya meminta seluruh penduduk Indonesia tidak panik dan tetap produktif. Saatnya bekerja dari rumah, belajar dari rumah dan beribadat dari rumah, agensi dan pihak berkaitan mengadakan segera polisi bagi membolehkan pelajar sekolah dan universiti belajar dari rumah, manakala penjawat awam tertentu dapat melaksanakan tugas mereka di rumah, selain menghentikan atau menangguhkan aktiviti atau program kemasyarakatan berskala besar.

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi)

Semua langkah yang diperlukan telah diambil untuk mengawal wabak koronavirus. Negara anggota Asean perlu berkongsi maklumat di samping meningkatkan jalinan kerjasama bagi membendung penularan COVID-19 di rantau ini.

Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha

Berdasarkan kajian mendalam tentang trend dan langkah di seluruh dunia, dan keperluan untuk berhati-hati pada masa ini, saya telah memutuskan bahawa langkah yang lebih ketat diperlukan. Semua orang akan tinggal di rumah, meninggalkan rumah hanya untuk membeli makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas lain untuk bertahan dalam masa yang akan datang.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte

Pekerja penjagaan kesihatan kita sedang bekerja keras dan mencuba sebaik mungkin untuk menyokong pesakit-pesakit COVID-19 dan berharap mereka dapat pulih. Tetapi tidak dapat dielakkan pada satu masa, kita akan melihat kematian akibat COVID-19, seperti yang kita lihat di sekeliling dunia. Terdapat beberapa individu di ICU yang sakit, (mereka) semua memerlukan sokongan oksigen. Beberapa individu ini telah menerima rawatan lain, termasuk penggunaan perubatan antiviral.

Menteri Kesihatan Singapura Gan Kim Yong

Saya meminta Kementerian Penerangan dan Komunikasi, Kementerian Kesihatan, Keselamatan Sosial dan semua pihak berkaitan, merancang dan menyediakan peralatan serta teknologi sesuai untuk membolehkan pengisytiharan dibuat secara dalam talian. Pihak berkaitan perlu memperkenalkan langkah-langkah seperti melarang rakyat Vietnam melakukan perjalanan ke negara yang terjejas COVID-19 dan rakyat tidak berkunjung ke luar negara kecuali keadaan benar-benar memerlukan.

Timbalan Perdana Menteri Vietnam merangkap Ketua Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan dalam Pencegahan dan Kawalan COVID-19, Vu Duc Dam

Keselamatan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan kerajaan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak. Saya meminta pemimpin masyarakat melakukan kempen kesedaran dalam kalangan rakyat terhadap inisiatif kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19.

Timbalan Menteri Kewangan I Brunei Darussalam Datuk Abdul Rahim Bakri

Pasukan Panduan Pusat

#中央指导组#

Pasukan Panduan Pusat mempunyai tiga tugas utama:
 (1) pandu dan selia pihak berkuasa provinsi Hubei dan kota Wuhan untuk melaksanakan tindakan yang diarahkan oleh pimpinan pusat; 
(2) pandu Hubei dan Wuhan dalam perjuangan melawan wabak dan meningkatkan keupayaan pencegahan dan kawalan; dan 
(3) siasat perbuatan yang negatif, salah atau tidak bertanggungjawab, selia proses pembetulan tempatan, dan tangani masalah tersebut mengikut undang-undang dan disiplin.

Langkah Pencegahan dan Kawalan Wabak dengan Cara Mengikut Situasi Tempatan dan Pelbagai Lapisan

#分区分级防控工作#

Cara mengikut situasi tempatan dan pelbagai lapisan ini sesuai dengan ciri-ciri tertentu dan situasi wabak di tempat-tempat berlainan. Dengan ini, polisi-polisi yang berbeza akan dilaksanakan supaya wabak dikawalkan, serta ekonomi dan kehidupan masyarakat semakin pulih di setiap tempat.

Pusat Rawatan Sementara

#方舱医院#

Pusat Rawatan Sementara atau lebih dikenali “hospital kabin bergerak” di China merupakan satu sistem perubatan bergerak yang moden di mana menggunakan kabin rawatan sebagai pengangkut dan menggabungkan fungsi rawatan perubatan dengan teknologi klinikal. Terdiri daripada unit rawatan, unit wad dan unit sokongan teknikal. Kebanyakannya digunakan dalam tugas penyelamatan bencana teruk, sokongan kecemasan, perkhidmatan rawatan mudah alih dan lain-lain.

Penularan Antara Manusia ke Manusia

#人传人#

Pakar perubatan China, Dr. Zhong Nanshan menegaskan bahawa, dengan lebih efektif efektif mencegah penularan virus antara manusia ke manusia, orang ramai yang sihat mesti dipisahkan daripada pesakit, dan pesakit COVID-19 mesti dipisahkan daripada pesakit flu.

Melawan COVID-19

Jika anda mengalami demam, batuk, gejala keletihan, pastikan anda pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagi mengelakkan kesan yang seius.
Anda boleh membuat panggilan kecemasan untuk memanggil ambulans dan membawa anda ke hospital.
Jika anda didapati dijangkiti COVID-19, anda akan dihantar ke hospital yang ditetapkan untuk rawatan.
Mohon anda percaya kepada usaha pihak hospital China dan Malaysia dalam memberikan rawatan yang terbaik.
Ahli perubatan mungkin akan meminta maklumat asas anda, maklumat orang hubungan, status kesihatan, tempat yang baru-baru dilawati, individu yang baru-baru dihubungi dan lain-lain. Sila beri kerjasama.
Elakkan menggunakan pengangkutan awam jika boleh.
Pastikan anda sentiasa memakai topeng muka sebelum keluar jika kurang sihat.
Tempoh kuarantin bagi orang yang disyaki dijangkiti COVID-19 sekurang-kurangnya 14 hari.
COVID-19 secara asasnya disebarkan melalui titisan pernafasan dan sentuhan.

Langkah Berjaga-jaga Peribadi Semasa Wabak COVID-19

Melawan COVID-19

Sila fahami keperluan Imigresen China terlebih dahulu untuk mengelakkan sekatan memasuki China.
Sila isikan Borang Pengisytiharan Kesihatan sebelum memasuki China.
Warganegara asing yang datang ke China akan mengambil langkah pencegahan dan kawalan yang sama seperti rakyat China.
Jika anda pernah melawat ke negara dan daerah yang berlaku wabak COVID-19 teruk dalam tempoh 14 hari, sila beritahu kakitangan imigresen yang berhampiran dengan serta-merta.
Jika anda pernah berkontak dengan pesakit dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 14 hari, sila beritahu kakitangan imigresen yang berdekatan dengan segera.
Sesiapa yang datang dari kawasan di mana kadar jangkitan COVID-19 tinggi, akan diasingkan untuk pemerhatian perubatan.
Kenalan rapat pesakit COVID-19 akan diasingkan untuk pemerhatian perubatan.
Jika terdapat individu demam dalam kenderaan pengangkutan yang sama dengan anda, anda akan diasingkan untuk pemerhatian perubatan.
Jika anda demam, sila beritahu kakitangan imigresen berdekatan dengan segera.
Anda boleh membuat panggilan kecemasan jika perlu.
Kakitangan imigresen mungkin akan meminta maklumat asas anda, maklumat orang hubungan, status kesiahtan, tempat yang baru-baru dilawati, individu yang baru-baru dihubungi dan lain-lain. Sila beri kerjasama.

Langkah Berjaga-jaga Mengikut Peraturan Imigresen China Semasa Wabak COVID-19

Klik Bawah untuk Muat Turun Fail

Sini

Kata Laluan

pnrw

Copyright © 2024 陕西妙网网络科技有限责任公司 All Rights Reserved

增值电信业务经营许可证:陕B2-20210327 | 陕ICP备13005001号 陕公网安备 61102302611033号